PROJEK PEMBANGUNAN MASJID BANDAR RIMBAYU

Selanjutnya

PROJEK PEMBANGUNAN MASJID BANDAR RIMBAYU

Know More

PROJEK PEMBANGUNAN MASJID BANDAR RIMBAYU

Know More

PROJEK PEMBANGUNAN MASJID BANDAR RIMBAYU

Know More
/

Subuh

Zohor

Asar

Maghrib

Isyak

WAKTU SOLAT KUALA LANGAT, SELANGOR

Sumber E-Solat JAKIM

Masjid Bandar Rimbayu

svg divider

Bandar Rimbayu adalah satu penempatan terbaru dan terancang dari Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat.Kedudukan Bandar Rimbayu agak terasing daripada masjid/surau sekitar Kg Kebun / Kg Lombong, Tropicana Aman, Eco World, Gamuda dan sekitar Bandar Saujana Putra dimana jarak antaranya melebihi 5 KM.Di samping itu, kapasiti Surau Al-Jannah, Bandar Rimbayu yang masih dalam proses pembinaan agak terhad dan tidak mampu untuk menampung jemaah yang ramai dari seluruh kariah Bandar Rimbayu.Jumlah keseluruhan unit dan fasa rumah di kawasan-kawasan sekitar seperti Fasa Scarlet, Perinnia, Periwinkle, Chimes, Wisteria, Livia, Penduline dan Rumah Selangorku melebihi 2,000 unit.

Selain daripada itu, fasa terbaru seperti Swan & Starling yang dijangka selesai sepenuhnya akan mempunyai lebih dari 2000 unit rumah.Adalah jelas bahawa keperluan kepada sebuah masjid untuk kegunaan komuniti tempatan di Bandar Rimbayu adalah satu keperluan yang amat mendesak. Lokasi tapak cadangan Masjid Bandar Rimbayu ini telah diwartakan oleh Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965 ke atas Lot 74067, Bandar Rimbayu, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat sepertimana yang telah dilakarkan / dinyatakan. Surat permohonan tanah kerajaan telah dikemukakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan maklum balas pengesahan dari Pejabat Daerah / Tanah Kuala Langat bertarikh 13 Januari 2020 (Rujuk Surat Bil (7)dlm.PTK.Lgt.F8/1/8/2019).

Lanjutan daripada itu, para penduduk dari kawasan berkaitan telah bermesyuarat pada 2 April 2021 untuk memilih Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid Bandar Rimbayu yang akan bertanggungjawab untuk menyediakan cadangan-cadangan tertentu untuk Projek Pembinaan Masjid Bandar Rimbayu. Cadangan rekabentuk dan pembinaan bangunan Kompleks Masjid, Bangunan KAFA, Bangunan Kuarters, Dewan Serbaguna dan ruang niaga di atas Lot 74067, Jalan Fauna 1 & 2, Pusat Pembangunan Rimbayu, Daerah Kuala Langat, Mukim Tanjong Dua Belas, Selangor untuk Tetuan: Protem Masjid Bandar Rimbayu oleh Syarikat Arca 3.

Featured Icon

Lokasi Masjid

Lokasi pembinaan Masjid Bandar Rimbayu terletak dipersimpangan antara Jalan Fauna 1 & Jalan Fauna 2.

\
Featured Icon

Surat Kebenaran JAIS

Kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk pembinaan Masjid Bandar Rimbayu telah diperolehi pada 15 November 2021.

Gallery Thumb 1 Gallery Thumb 2 Gallery Thumb 3
Featured Icon

Pelan Lantai Masjid.

Cadangan pelan lantai Masjid Bandar Rimbayu yang mampu menampung 3,175 jemaah

Gallery Thumb 1\
Featured Icon

Lakaran Masjid.

Lakaran kawasan persekitaran Masjid Bandar Rimbayu

Gallery Thumb 1\

Cadangan Spesifikasi Masjid.

Counter Icon
Ekar
Keluasan Keseluruhan
Counter Icon
Jemaah
Counter Icon
Tempat Letak Kereta
Counter Icon
Tempat Letak Motosikal
Anggaran Kos Pembinaan

RM 17 Juta

INFAQ SEKARANG

Wakaf Masjid

svg divider

Projek pembinaan Masjid Bandar Rimbayu telah mendapat kelulusan Perbadanan Wakaf Selangor dibawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dimana setiap wakaf yang dibuat layak untuk menerima resit rasmi yang boleh diguna pakai untuk pengecualian cukai pendapatan. Resit boleh diperolehi dengan menghubungi wakil jawatankuasa penaja melalui email mbr@masjidbandarrimbayu.com.my

Kebenaran untuk membuat kutipan wakaf khas daripada Perbadanan Wakaf Selangor untuk pembinaan Masjid Bandar Rimbayu telah diperolehi pada 3 Ogos 2022.

Sumbangan

svg divider

Sumbangan anda diperlukan untuk pembinaan Masjid Bandar Rimbayu. Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun Masjid Bandar Rimbayu:

Featured Icon 1

MASJID BANDAR RIMBAYU

562786094442

Galeri

svg divider

Gambaran illustrasi Masjid Bandar Rimbayu yang akan dibina.

Gallery Thumb 1 Gallery Thumb 2 Gallery Thumb 3 Gallery Thumb 4 Gallery Thumb 5 Gallery Thumb 6 Gallery Thumb 7 Gallery Thumb 9 Gallery Thumb 10 Gallery Thumb 14 Gallery Thumb 12

Mengenai Masjid Bandar Rimbayu

Projek Pembangunan Masjid Bandar Rimbayu ini diuruskan oleh Jawatankuasa Penaja yang terdiri daripada penduduk/komuniti di Bandar Rimbayu sendiri.

Misi

Menyegerakan pembinaan Masjid Bandar Rimbayu bagi menampung kapasiti penduduk di Bandar Rimbayu dan kawasan kejiranan yang semakin hari semakin bertambah disamping memudahkan urusan Qariah dan khairat kematian kelak.

Bantuan

Sebarang bentuk pertanyaan dan soalan sila hubungi kami melalui email atau melalui media sosial Masjid Bandar Rimbayu dibawah

mbr@masjidbandarrimbayu.com.my
Monday - Sunday 09:00AM - 06:00PM

Sosial Media Masjid Bandar Rimbayu: